Friday, December 26, 2008

AWAS-AWAS BERURUSAN DENGAN JUAL BELI KENDERAAN TERPAKAI

Aku ceritakan pengalaman aku di tipu oleh Syarikat Penjualan Kereta Terpakai untuk tatapan umum bagi menjadikan iktibar supaya saudara atau saudari tidak tertipu oleh Used Car. Bagaimana aku terpaksa melunaskan hutang sebanyak RM 27,000.00 TANPA KENDERAAN. Orang kata apa “BAYAR BUTA”. Biar aku ceritakan di blog ini. Sebelum kejadian ini berlaku aku menggunakan kereta Proton Iswara pada satu masa aku hendak tukarkan kenderaan Satria Gli bertempat NASHAH DINAR SDN BHD, Di alamat, SEBELAH GATE KERETAPI, JALAN KUALA KETIL 08000 SUNGAI PETANI KEDAH.Dengan membuat urusan dengan bangsat, anak haram bernama BAKRI (berdosa aku menyumpah, itulah gelaran sepatutnya). Kereta Satria tersebut kepunyaan isteri seorang Inspektor yang bertugas di Sungai Petani. Si Bangsat nie bila loan sudah lulus, untuk Satria ………si Bangsat nie tidak buat pembayaran ke atas kereta Proton Iswara. Bila ini terjadi ,pihak Bank telah menganggu aku.Bila aku maklum kepada Si Bangsat nie, hujung bulan dia akan settlekan. Hinggalah surat mahkamah sampai. Engkau orang bayangkan bagaimana roadtax kereta boleh dihidupkan , kalau tiada orang Bank yang berkompromi. Aku buat repot Polis, 3 repot aku buat…….. aku pulak yang disalahkan. Aku buat repot tentang cek tendang yang beliau beri kepada aku, Polis kata aku buat laporan palsu. Apa perasaan saudara/saudari ……….??? Kalau kat tempat saya. Aku ambil lawyer, kedai sudah gulung tikar…….Lastly, aku pinjam loan settlekan. Bayar buta kereta tiada… apa perasaan anda. Itulah serba sedikit aku ceritakan, kalau nak ceritakan lagi, satu hari satu malam tak habis.
Jadi, beringatlah anda, siapa yang buat tipu…………tak orang melayu. Melayu juga sebab itu melayu tak maju (bukan semua). Tapi sekarang sesiapa yang hendak beli/jual kenderaan terpakai kena pergi JPJ/PUSPAKOM, tak macam dulu. Mungkin pihak kerajaan sudah mengkaji setelah banyak sangat penipuan. Aku masih simpan repot polis, surat jual beli kenderaan dengan Bakri, Cek tendang untuk aku buat kenangan himngga akhir hayat.